Gambar 1: Sesi fotografi bersama peserta dan penganjur Program Lead Up: Future Leaders Bootcamp
Tanjung Malim, 11 Mei 2026 – Program Lead Up: Future Leaders Bootcamp telah berlangsung pada 15 Mei 2026 di Makmal Simulasi, Aras 3, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini bermula seawall 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini dianjurkan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah, Persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UPSI dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara (SRN).
Program ini dianjurkan bagi bertujuan membangunkan sahsiah dan nilai kepimpinan dalam kalangan mahasiswa serta meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan integriti dalam diri peserta. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjadi pemimpin yang beretika, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan yang bijak dalam pelbagai situasi. Program ini juga menjadi platform untuk membentuk semangat kerjasama, perpaduan serta melahirkan generasi pemimpin muda yang berdaya saing dan berkualiti pada masa hadapan.
Gambar 2: Ucapan Pengarah Program Lead Up: Future Leaders Bootcamp, Naveen A/L Suresh.
Pengarah Program Lead Up: Future Leaders Bootcamp, iaitu Naveen A/L Suresh, meluahkan rasa syukur kerana program tersebut berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama semua ahli jawatankuasa dan peserta yang terlibat. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR), Sekretariat Rukun Negara (SRN) serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.
Menurut beliau, program ini diwujudkan sebagai platform untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, berintegriti dan bertanggungjawab. Beliau berharap ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang program dapat membantu peserta menjadi pemimpin muda yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan. Objektif program juga berjaya dicapai melalui pelbagai aktiviti yang menekankan pembangunan sahsiah, komunikasi dan kerja berpasukan dalam kalangan peser
Gambar 3: Sesi ceramah dan perkongsian ilmu bersama penceramah jemputan, Dr Mohd Fadhil Harfiez Bin Abdul Muttalib
Program diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Fadhil Harfiez Bin Abdul Muttalib. Dalam sesi tersebut, para peserta didedahkan kepada kepentingan kepimpinan beretika, kemahiran komunikasi yang berkesan serta nilai integriti dalam kehidupan seharian. Penceramah turut berkongsi pelbagai pengalaman dan panduan yang dapat membantu mahasiswa menjadi pemimpin yang lebih berkeyakinan dan berdaya saing.
Selain itu, peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan yang bertujuan memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan kesukarelawanan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan paling aktif, penyampaian cenderahati serta sesi fotografi sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada para peserta.
Gambar 4: Sesi Aktiviti Bernama Qr Bitara.
Program Lead Up: Future Leaders Bootcamp diteruskan dengan satu aktiviti menarik yang bertajuk “QR Bitara”. Dalam aktiviti ini, penceramah telah memperkenalkan satu QR kod yang dinamakan QR Bitara. Apabila QR kod tersebut diimbas, ia akan membawa pelajar ke satu sistem interaktif yang berfungsi seperti ChatGPT, iaitu satu platform yang boleh membantu memberikan jawapan serta maklumat dengan lebih mudah dan pantas.
Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat memahami diri sendiri dengan lebih mendalam dan jelas. Sistem tersebut bukan sahaja memberikan maklumat, malah turut membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar berdasarkan jawapan atau input yang diberikan. Dengan cara ini, pelajar dapat melihat aspek diri mereka yang sudah baik serta aspek yang masih perlu diperbaiki.
Setiap kali pelajar menjawab soalan atau menjalankan aktiviti melalui QR kod tersebut, mereka akan menerima maklum balas secara terus. Maklum balas ini sangat berguna kerana ia membantu pelajar mengenali personaliti, potensi diri, serta bidang yang boleh ditingkatkan untuk perkembangan diri pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini sangat bermanfaat kepada para pelajar kerana bukan sahaja menyeronokkan dan interaktif, tetapi juga membantu meningkatkan kesedaran kendiri serta membimbing pelajar untuk mengenali dan mengembangkan potensi diri masing-masing dengan lebih baik.
Gambar 5: Sesi Aktiviti Bernama Rebut & Warna
Program Lead Up: Future Leaders Bootcamp diteruskan dengan aktiviti bertajuk “Rebut & Warna”. Dalam aktiviti ini, peserta dibahagikan kepada pasangan dan setiap pasukan diberikan cat warna. Apabila penceramah memberi arahan untuk mengambil bola, peserta perlu bertindak pantas untuk merebut bola tersebut.
Pasukan yang berjaya mendapatkan bola akan diberi peluang menggunakan cat untuk membuat tanda pada wajah pihak lawan sebagai tanda kemenangan. Aktiviti ini dijalankan secara menyeronokkan tetapi tetap mencabar fokus dan kepekaan peserta.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menguji tahap fokus, kepekaan, serta kecepatan reaksi para peserta dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan. Selain itu, ia juga menggalakkan kerjasama antara ahli kumpulan serta meningkatkan semangat berpasukan.
Secara keseluruhannya, “Rebut & Warna” bukan sahaja memberi pengalaman yang menyeronokkan, malah turut membantu peserta memahami kepentingan fokus, ketelitian, dan tindak balas pantas dalam sesuatu situasi.