Gambar penjualan buku di Pesta Cendekia 2026
Disediakan oleh: Vidyadarshinee Ravindran & Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Tanjong Malim– Pesta Buku Pesta Cendekia yang meriah sedang berlangsung di Dewan Kolej Ungku Omar dari 13 hingga 15 Mei ini di bawah anjuran Exco Akademik dan Intelektual Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 25/26, menarik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan pencinta buku untuk menyelami lautan ilmu dan turut disertakan dengan Mata MyChamp untuk para pengunjung.
Pesta ini dianjurkan dengan pelbagai koleksi naskah daripada barisan penerbit terkenal seperti Fixi, Karangkraf, Merpati Jingga, Telaga Sufi, Ilham Books, Jejak Tarbiah, Iman Publication dan Cloudy Taro. Pengunjung pesta tersebut boleh mendapat buku fiksyen, non-fiksyen dan karya sastera Melayu terkini pada harga istimewa dan murah untuk para pelajar.
Selain jualan buku, pelbagai aktiviti menyeronokkan turut diadakan untuk mengukuhkan pengetahuan peserta. Antaranya melibatkan program Bicara Santai, Bengkel Bahasa Melayu dan Sejarah khas untuk pelajar sekolah, Pesta Buku Saujana Ilmu serta sesi ‘Meet the Authors’ yang membolehkan pembaca berinteraksi secara langsung dengan penulis kegemaran mereka.
Pada hari pertama iaitu pada 13 Mei, Pesta tersebut dirasmikan dan dibuka dengan sesi ‘Bicara Santai Cendekia’ dengan Encik Mohd Januri yang merupakan Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk berkongsi ilmu pengetahuan intelektual beliau dalam bidang tersebut dan memberikan informasi bersama panel jemputan mengenai isu-isu semasa pada pagi itu.
Sesi seterusnya pada waktu petang dalam hari yang sama, sesi ‘Meet the Authors’ dijalankan dengan kehadiran Muqri Nizam yang merupakan penulis Kitab Tamadun Uthmaniyah dan Khulafa Al-Rasyidin untuk berkongsi mengenai kisah dan inspirasi beliau di sebalik karya terbaik beliau yang turut disenaraikan sebagai #1 MPH Weekly Bestsellers.
Pada 14 Mei pula, Pesta tersebut dimulakan dengan Bengkel Pemerkasaan Bahasa Melayu dan Sejarah yang kebanyakkan dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah sekitar Tanjung Malim untuk menyertai bengkel tersebut dan secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada para pelajar tersebut kepada buku-buku yang dijual semasa pesta tersebut.
Bengkel tersebut disambut dengan meriah oleh para pelajar sekolah dengan aktiviti yang aktif dan kaedah pembelajaran yang interaktif oleh penceramah untuk memupuk minat pelajar demi mendalami bahasa dan sejarah serta meningkatkan tata bahasa dan pengetahuan Sejarah mereka.
Pada malam tersebut, Pesta Cendekia telahpun mengunjungi akhir program di mana majlis penutupan pesta tersebut diiringi dengan pelaksanaan ‘Cendekia Movie Night’ dengan tayangan filem Indonesia “Sampai Titik Terakhirmu” untuk mengakhirkan program-program tersebut dengan filem manis dan romantik itu sebagai suatu kenangan manis penganjuran program.
Pesta Cendekia berterusan pada 15 Mei dari pagi hingga petang dengan memberikan focus kepada penjualan buku-buku novel di pesta tersebut sebelum Pesta Cendekia berakhir secara rasmi.