PM Anwar Mengumumkan Baucar Buku RM100 Diteruskan Bagi Pelajar Sekolah Menengah Dan Mahasiswa IPT Di Seluruh Malaysia


OLEH NISHA PRAKASH & DR AHMAD SAUFFIYAN


KUALA LUMPUR, 29 MEI - Berita gembira bagi pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPT di seluruh negara apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa baucar buku bernilai RM100 akan diteruskan ketika majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2026.


Semasa Perdana Menteri memberikan ucapan, beliau meluahkan rasa bimbang terhadap generasi muda masa kini yang semakin menjauhkan diri daripada amalan membaca buku kerana teknologi dan aplikasi media sosial yang ada sekarang.


“Kita harus wajibkan anak-anak untuk membaca. Budaya membaca ini menjadi masalah dalam dunia moden, paling ramai orang sekarang telah hilang minat membaca kerana dia hanya membaca media sosial.” kata Perdana Menteri dengan tegas.


Bagi mendepani cabaran tersebut, kerajaan mengambil inisiatif untuk memastikan bahan bacaan berkualiti kekal mampu milik dan mudah diakses oleh semua pelajar.


“Soal buku dan pendidikan, harus tetap memberi keutamaan, maka semua pelajar sekolah bawah Kementerian Pendidikan dan mahasiswa bawah Kementerian Pendidikan Tinggi di seluruh negara akan tetap menerima RM100 seorang.” kata beliau.


Inisiatif baucar buku RM100 dapat memberi manfaat kepada pelajar Malaysia dan menjadi satu langkah untuk meningkatkan sektor ekonomi dalam industri kreatif dan penerbitan buku tempatan. 


Sumber: Gambar daripada freemalaysiatoday