Oleh: Muhammad Zul’ Ashryn dan Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Lumut - PULARA merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan di Lumut, Perak dan berada di bawah kelolaan beberapa agensi kerajaan. Penganjuran program ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam menyuntik semangat tradisional ke dalam arus kemodenan.
PULARA menjadi manifesto cinta terhadap warisan bangsa kerana ianya menggabungkan peserta dari negara serantau seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Acara ini adalah acara tahunan yang menjadi medan pertemuan para sasterawa, penyair, pemuzik rakyat dan peminat seni dari seluruh pelosok dunia.
Jelas Adlina Aiman dan Anis Syazwani selaku AJK program, menerusi acara ini ia dapat memperkenalkan dan mempromosi budaya tradisional tempat kepada mata dunia.