Titisan Darah, Titipan KAHSih



Oleh: Naveen A/L Suresh dan Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan


TANJONG MALIM, 10 JANUARI 2026 - Hasil Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh Sidang 2025/2026 menganjurkan suatu program yang berimpak tinggi terhadap komuniti pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berlangsung di Surau Kolej Aminuddin Baki, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Program Derma Darah dengan Tajuk Programnya Titisan Darah, Titipan Kahsih.


Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran serta memupuk nilai kemanusiaan, empati dan keprihatinan sosial dalam kalangan pelajar peringkat di UPSI. Melalui program ini, seramai 100 orang termasuk penduduk sekitar Tanjong Malim telah mengambil bahagian secara sukarela untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa yang perlukan darah. 


Dari sudut yang yang lebih luas, program ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals- SDG), iaitu SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan yang merupakan usaha untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Selain itu, SDG 4: Pendidikan Berkualiti iaitu membantu mendedahkan kepada pendidikan nilai seperti empati, tanggungjawab sosial, dan kesukarelawanan. 





Temu Bual Bersama Pengarah Program


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, suatu temu bual bersama Pengarah Program, Aaron Isaac A/L Stanley telah dilaksanakan.


Menurut temu bual beliau berkata:


“Saya amat kagum dan bangga kerana dapat menjayakan program Titisan Darah, Titipan Kahsih yang memberikan impak yang tinggi terhadap pelbagai lapisan komuniti seperti pelajar, staf dan juga penduduk. Saya juga bersyukur kerana pelajar UPSI mendapat kesedaran tentang pendermaan darah yang penuh bermakna.” 



Setelah bertanyakan berkaitan pendapat beliau kepada pelajar, beliau berkata bahawa:


“Saya amat menggalakkan pelajar untuk menganjurkan program komuniti yang berimpak tinggi seperti ini. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui program sebegini pelbagai pihak boleh belajar pelbagai kemahiran serta nilai. Antaranya adalah, peserta dapat meningkatkan pendedahan mengenai keperluan darah, penganjur dapat belajar cara untuk berkomunikasi bersama pelajar dan juga penduduk.”


Secara keseluruhannya, Titisan Darah, Titipan Kahsih merupakan satu inisiatif yang berimpak tinggi kerana berjaya menggabungkan pelbagai kebaikan kepada pelbagai pihak.